Salam dan selamat sejahtera semua pengunjung blog clixsterjb.
Alahamdulillah, talian data dan suara clixster sehingga bulan September semakin baik dan menarik dengan plan data RM 47 sebulan untuk 2 gig yang benar-benar unlimited. Produk baru khairat kematian Mykifayah juga boleh dilanggan oleh semua pengguna muslim dengan yuran pengaktifan bulanan serendah RM 2.50 sahaja.
Dengan talian data yang telah pulih semula dapatlah admin menonton semula drama-drama korea yang berkualiti dan memberikan kesedaran serta menyuntik semangat. Satu dari siri yang ingin admin kongsikan bersama adalah Siri Good Docter yang masih ditayangkan di saluran http://www.maaduu.com/ saluran kegemaran admin untuk siri drama korea yang berkualiti.
JOM TONTON
Good Doctor: Siri satu
Mengisahkan pemuda yang menghidapi sindrome lembam tetapi bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang doctor pakar bedah kanak-kanak.
Kisah dimulakan dengan ingatan imbas kembali semasa zaman kanak-kanak ini bersama-sama abangnya yang tinggal bersama bapa yang pemabuk dan bersikap kejam terhadap kanak-kanak lembam tersebut. Penderaan sang bapa tidak kepada anak yang lembam sahaja tetapi berkait juga kepada emak kanak-kanak tersebut yang dikatakan membawa sial melahirkan kanak-kanak lembam tersebut.
Abang kanak-kanak ini amat sayangkan adiknya yang disifatkan amat istemewa dan sanggup bertarung nyawa demi membela adiknya yang selalu dibuli dan disisihkan oleh rakan-rakan sebaya. Peristiwa menyedihkan kematian abang yang selalu pemjadi pembela dalam satu kejadian runtuhan terowong lombong benar-benar memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut untuk berusaha menjadi doktor bedah yang mampu menyelamatkan kanak-kanak.
Tidak diduga, kanak-kanak tersebut mempunyai kebolehan ingatan dan bayangan visual 3D yang amat luar biasa disamping bakat melukis semulajadi yang mengkagumkan. Dengan kebolehan dan usaha keras semenjak berumur 5 tahun lagi disamping bantuan seorang doktor kanak-kanak yang sekarang dikenali sebagai Doktor Shion berjaya lulus cemerlang dalam peperiksaan bagi mendapatkan kelayakan sebagai seorang doktor.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan