Akhirnya operasi talian Clixster dapat juga dilakukan pada hari Koperasi Negara. Walaupun malam perasmian PM tak sebut langsung pasal Clixster, pada siangnya Menteri KPDNKK ada bersama di pentas Clixster.
Koperasi Pemandu Teksi Bandaraya JB datang ke Bukit Jalil bersama anggota seramai 80 orang (2 Bas)..tentulah nak tengok Anugerah Koperasi Terbaik yang julung-julung kali diterima oleh Koperasi kami. Malang kesesakan menghalang semua rancangan yg dibuat. Ada ramai anggota bertanya kat mana Clixster buat promosi?
Sebenarnya, lepas jam 6 petang kebanyakkan kiosk Clixster telah ditutup untuk masuk dalam Stadium menunggu kedatangan PM kita termasuklah semua yg terbabit semasa Fiesta Clixster siangnya. Sebab itu mana-mana rombongan yg sampai lepas jam 5 memang tak dapat jumpa kemeriahan Fiesta Clixster. Apapun secara kasarnya talian clixster sudah boleh digunakan.
Ramai pengguna dan reseller clixster merungut kerana apa yang clixster keluarkan tidak sama seperti yang dijanjikan. Perkara yang banyak diutarakan adalah janji untuk panggilan percuma tanpa had sesama talian clixster dan penggunaan internet tanpa had dengan hanya RM 1 sehari. Bagaimanapun dilihat pada janji yang dinyatakan dalam persembahan rombongan clixster dahulu, panggilan percuma dan internet RM1/hari adalah matlamat clixster bukan semestinya diberikan sekarang.
Pengurusan SAMATA yang menguruskan Clixster mengambil langkah proaktif dengan memanggil semua MKD untuk taklimat perkara berbangkit. Koperasi Pemandu Teksi menghantar En. Fadzlan dan saya untuk mendengar taklimat tersebut. Alhamdulillah ada janji dan tindakan susulan serta beberapa pakej baru yang lebih menarik akan menyusul kemudian. Promosi pertama adalah satu kadar asas yang lumrah dilakukan oleh mana-mana telco dan merupakan syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Maltimedia Malaysia.
Apapun, 2400 starterpack telah pun Koperasi terima. Perniagaan belum dapat dibuat kerana rantaian DMS masih belum sempurna. MKD-DEALER-RESELLER perlu diujudkan. Buat permulaan dua reseller akan didaftarkan dan training pertama pada 26 Julai 2012 (Khamis) di Puchong. Keputusan ini terpaksa dibuat supaya Clixster Koperasi Pemandu Teksi dapat beroperasi walaupun rancangan asalnya untuk menunggu SAMATA buat latihan dan pengambilan Reseller di JB.
Maklumat tentang Clixster klik DISINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan