Ahad, 15 September 2013

Salam sejahtera semua pengguna-pengguna Clixster,

Hari ini 14 Sept 2013 jam 11:00 malam Malaysia menjuarai Piala Merdeka setelah mengalahkan Myanmar 2-0. Gol saat akhir minit kecederaan amat melegakan dan mengembirakan semua penyokong Malaysia.

Perkembangan clixster semenjak 6 Mac 2013 sehingga sekarang banyak manis dan pahit. Dengan program PKB bagi belian talipon, jualan sim kad clixster amat menggalakkan bermula Jan '13 hingga Jun'13.

Bagaimanapun, masalah sistem laman portal clixster yang digodam dan dicerobohi pada Mac 17~20 2013 amat mengejutkan dan memeranjatkan semua MKD,Dealer dan Reseller. Sebelum itu juga kejutan dalam organisasi pengurusan Clixster  berlaku apabila Mawi dan Suhaimi meninggalkan team Clixster pada 27 dan 28 Feb 2013dan disusuli oleh Afza pada 11 Mac 2013. Sesi pertemuan diantara MKD Johor bersama En. Mahadzer dan Ashri telah diadakan pada 20 Feb 2013. Tiada majlis perpisahan yang diadakan oleh Clixster untuk farewell En. Mawi,Suhaimi dan Afza.

Bagaimanapun kesungguhan dan perancangan yang ditunjukkan oleh team baru memberi keyakinan apatah lagi pada masa itu (Jan ~Feb 2013) plan data internet clixster memang benar-benar mengancam dan amat mengejutkan pasaran industri telco. Pengaktifan yang dilakukan oleh seorang reseller melebihi 20 dalam satu hari. Jualan simkad clixster secara gelap dengan harga RM 50 ~70 sekeping juga banyak didengar.

Setelah sistem maklumat portal clixster diceroboh, semua data hilang dan sehingga kini (14 Sept 2013) tiada tanda-tanda rekod tersebut akan dimasukkan semula. Insentif yang diterima sehingga Disember 2012 amat mengejutkan Reseller. Tiada pemberian insentif sepanjang Jan 2013 hingga Julai 2013. Pihak pengurusan menjanjikan insentif yang menarik bermula 1 Julai 2013 dan semua reseller,dealer dan MKD menunggu dengan penuh sabar sehingga kehari ini 14 September 2013.

Pengaktifan tertinggi oleh Reseller Nor Aishah daripada MKD johor sebanyak 1200 keping sehingga Julai 2013 menjadi benchmark kepada semua Reseller,Dealer dan MKD. Jualan Top Up sehingga melebihi RM 100,000.00 oleh reseller tersebut juga menjadi tumpuan kepada rakan-rakan lain tentang insentif yang dijanjikan. Musim pilahanraya ke 13 juga berlalu tanpa ada apa-apa imbuhan insentif yang dikejar oleh reseller tersebut. Semua komisen jualan simkad dan top up telah diberikan kepada wakil reseller selaku Clixter skuad bagi mengerakkan jualan dan memberikan keyakinan kepada 130 bakal reseller yang lain. Semua perancangan tidak menjadi dan sehingga Mesyuarat Agong Koperasi ke 18 pada 23 Jun 2013 akaun clixster menunjukkan kerugian.

Perancangan dan strategi perniagaan terpaksa diubah. Clixster skuad terpaksa dibubar dan dijadikan reseller primula atau prima dengan modal RM 1106 sahaja. Plan data RM 27 dengan kuota 500mb selepas Jun 2013 amat berbeza dengan sebelum Jun 2013. Hampir 80% pelanggan bertukar kepada Umobile atau Celcom. Jualan top up RM 41,000.00 sebulan jadi RM 11,000.00 sebulan sahaja pada August 2013 berbanding Jun 2013.

Awal August 2013 semasa cuti raya aidilfitri, Clixster mula melancarkan plan data 1gig unlimited berbanding 500mb sahaja pada Jun 2013 dan Julai 2013. Pengaktifan sim kad mula dilakukan kembali. Harga tetap sama RM 8.90 walau ada MKD lain yang memberikan secara percuma. Kerjasama bersama Taximonger untuk pelaksanaan sistem app. menempah teksi melalui smart phone memberikan sedikit sinar harapan. Pemberian minit percuma panggilan sesama clixster tidak dapat menarik minat pengguna kerana saingan Umobile memberikan panggilan percuma kesemua telco!.Dengan jenama yang masih belum dikenali dan top up sukar diperolehi pelaksanaan jualan dilakukan melalui rakan-rakan dekat,jiran dan saudara-mara sahaja. Cara ini menjimatkan kos dan jualan dilakukan secara sambilan atau ketika adanya majlis-majlis tertentu.

Hari koop.negara pada 23 Ogos 2013 menyaksikan pengaktifan sebanyak 48 sim kad dan jualan HP sebanyak 26 buah.Satu catatan sederhana untuk temasya yang amat meriah. Sasaran seterusnya adalah pemandu-pemandu teksi sekitar JB dengan adanya plan taximonger yang diharap memberikan nilai tambah dan faktor penyokong setelah tamatnya program PKB pada 11 September 2013.

Kualiti internet juga semakin baik walaupun tak sama berbanding bulan Jan'13 ~Jun'13. Apapun masih boleh diterima kebanyakkan pengguna. Proses memujuk kembali pengguna yang telah mendaftar akan dilakukan. Pengguna-pengguna awal inilah yang menjadi harapan dan sandaran untuk menjadi reseller-reseller clixster pada masa akan datang.

Promosi mata lebam dan mulut berbuih mula dilaksanakan oleh Clixster mobile. Tiada apa-apa banting atau flyer yang diterima sehingga hari ini oleh MKD johor. Cerita-cerita perkembangan Clixster mobil hanya dapat dibaca melaui dada-dada akhbar atau post-post oleh reseller dari MKD yang lain. Alasan yang didengar banting hanya diberikan kepada yang ada kedai walaupun bayaran RM 50.000.00 untuk promosi telah lama dilunaskan. Sabar aje ler.

Apapun promosi jualan merdeka memberikan sedikit keceriaan. Mungkin ini ker penganti insentif yang dijanjikan? Tiada siapa pun yang terangkan.

Program jom ke felda ada diwar-warkan. MKD johor masih belum terima undangan. Terbabit ke tidak masih jadi pertanyaan. Tunggu dan lihat sambil buat apa yang mampu. Asal Clixster maju dan pengguna puashati...ok ler. Nak kira untung...masih belum tiba masanya. Banyak ranjau dan duri yang masih perlu diterokai. Takut nak buat janji kerana tahu ianya akan dicapati. Biar hilang wang , jangan hilang kawan.

Wallahalam....

Rabu, 6 Mac 2013

Selamat malam semua,

Rasanya lebih 1 bulan admin tak dapat nak update laman blog Clixster JB ni.

Tumpuan lebih banyak kepada laman facebook MKD Johor Selatan Clixster untuk segala maklumat dan perkembangan terkini clixster di JB.

Apapun, produk clixster telah memasuki era baru dengan pengenalan Plan Data Internet 500  Unlimited..pelan yang benar-benar Unlimited dan tiada yang serupa sepertinya di pasaran Malaysia.

Plan data Clixster dengan langganan hanya RM 27 sebulan , memberikan capaian liputan dan pengunaan yang benar-benar menakjubkan. Perkataan "Ia ke", "Tipulah","Tak ada ikat sampai 12 bulan?" "line .....pun tak dapat takkan Clixster boleh dapat"...amat biasa admin dengar. Prestasi penggunaan selepas 500Mb serupa saja sebelum 500Mb..pantas dan memuaskan.

Setelah mencubanya selama sebulan, semua pelanggan Clixster melahirkan rasa terkejut dan amat berpuashati dengan liputan dan takrifan Unlimited clixster yang benar2 amat berbeza berbanding telco yang lain.Mudah-mudahan prestasi seperti ini akan terus berkekalan dalam menyediakan prasarana liputan data dan jalur lebar yang lebih baik kepada seluruh warga Malaysia.

Budget 2013 yang menyediakan peruntukkan sehingga 300 juta untuk golongan belia mendapatkan Smart Phone benar2 menarik dan memberikan impak yang amat besar kepada kelangsungan perniagaan Clixster.

Beberapa siri promosi akan dilakukan sebaik menerima sample dan bunting.

Kepada sesiapa yang berminat menggunakan peluang yang ada ini, sila hubungi kami di Koperasi Pemandu Teksi JB-07-2352602 @ Amali -0137307085 untuk keterangan dan perjumpaan yang lanjut.

Kehadiran anda amat kami alu-alu. Bebas,Telus dan Ikhlas

Sabtu, 12 Januari 2013

http://komunikasibelia.skmm.gov.my/



Jom Daftar! Dan pilih talian Clixster! Bebas.Telus.Ikhlas
Hussin Mebius
Pengguna Pakej Komunikasi Belia boleh pilih talian Clixster utk dapatkan rebet ke,,tolong xplain skit,, reseller / agent boleh daftarkan pengguna PKB tu ke?
khas buat kaum belia Malaysia