Sabtu, 14 Februari 2015

BERMULANYA ERA BARU CLIXSTER

14 Feb 2015

Sebelum meneruskan catatan di laman blog ini, admin memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua pelanggan clixster terutamanya yang berdaftar melalui networking MKD johor.

Admin sendiri merasa amat tertekan dan sedih dengan dugaan yang melanda pada 23 Nov 2014 apabila Clixster berpindah provider daripada Digi kepada Umobile. Bagaimanapun , peristiwa banjir besar yang melanda Negara pada Disember 2014 membawa ke tahun baru 2015 sehingga memaksa sesi persekolahan ditunda seminggu lagi ke 11 Feb 2015 menginsafkan admin betapa kecilnya cubaan dan ujian yang diberikan oleh yang maha kuasa kepada kita yang bernaung di bawah payung Clixster.

Masalah sayap pelaburan negara 1MDB yang tidak mampu membayar hutang RM 2 Billion (2000 Juta Ringgit) mengikut jadual yg ditetapkan sehingga terpaksa diselamatkan oleh taikun Ananda Krisna selaku peneraju konglomerat telco Maxis menyedarkan admin betapa kecilnya kemampuan bumiputra Melayu dari sudut pengumpulan dana untuk bersaing dengan selesa bersama-sama telco Maxis,Celcom dan Digi.

Clixster sebelum ini boleh admin sifatkan sebagai gelanggang latihan percuma untuk anggota koperasi menimba seni dan kemahiran sambil-sambil mengambil kesempatan meraih peluang jika ada yang terluang.

Aliran dana kerajaan bagi memulihkan mangsa banjir di Kelantan disamping tekanan matawang ringgit yang merudum semenjak Nov 2014 hingga Feb 2015 memberikan kesan negetif dari sudut perbelanjaan kerajaan Malaysia tetapi admin lihat inilah ubatnya yang ditunggu-tunggu rakyat kebanyakan untuk terus menongkah arus badai inflasi ciptaan ekonomi kapitalis.

Peristiwa perginya ulama besar TGNA pada khamis malam jumaat 12 Feb 2015 dan hukuman 5 tahun penjara ke atas DSA menambahkan kesedaran dan keinsafan admin betapa kecilnya masalah yang dihadapi berbanding masalah-masalah lain Di Negara tercinta Malaysia. Satu perubahan besar pasti terjadi bermula bulan Mac 2015 nanti.

Kilauan cahaya penunjuk arah mula kelihatan pada 5 Feb 2015 dengan pengumuman plan baru Clixster My Angkasa Mobile dihadapan MKD dan Dealer dari seluruh Negara di Dewan Auditorium Angkasa Kelana Jaya. Rasa sedih, marah, geram, kesal dan malu menyebabkan hanya 19 sahaja peserta jemputan yang berjaya hadir dalam pertemuan pertama semenjak badai taufan melanda clixster. Masalah tertunda dan tertunggak daripada bulan Jun 2014 dari penghantaran Terminal Clix2paynya, bonus dan komisyen terakru baik dari DMS mahupun CRMS nya, komisyen reseller yang tak kunjung masuk dek kesilapan buatan sendiri akaun banknya dan berbagai masalah remeh temeh yg lain menjadi punca MKD,Dealer dan reseller lesu, tak bersemangat dan hilang keyakinan.
Tetapi, mana bumi yang tidak ditimpa hujan, mana laut yang tidak pernah bergelora. Inilah rupa-rupanya ubat mujarab mengenal intan dan kaca, mengenal rakan dan taulan.

Berita indah walau belum dibuktikan kesahihannya, mengubat semua duka lara dan nestapa. Admin berdoa dan bermunajat moga-moga perjalanan perjuangan My Angkasa Mobile bersama clixster bagi memayungi usahawan-usahawan kerdil telco yang berangan-angan besar akan terus maju dan berjaya. Caci maki pengguna ada benarnya, kata nasihat mereka sewajarnya dipelihara. Siapalah Clixster tanpa pengguna yang setia, tanpa reseller yang berhati waja.

Dengan data 2 kali ganda berbanding sebelumnya, admin amat yakin dan percaya pengguna dan reseller pasti tersenyum gembira.

Sama-samalah kita nantikan kesahihan berita yang disampaikan oleh wakil Angkasa dalam masa seminggu dua.

Insaalah, admin akan update plan terbaru Clixster setelah benar-benar yakin kebenarannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan