Sabtu, 14 Februari 2015

BERMULANYA ERA BARU CLIXSTER

14 Feb 2015

Sebelum meneruskan catatan di laman blog ini, admin memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua pelanggan clixster terutamanya yang berdaftar melalui networking MKD johor.

Admin sendiri merasa amat tertekan dan sedih dengan dugaan yang melanda pada 23 Nov 2014 apabila Clixster berpindah provider daripada Digi kepada Umobile. Bagaimanapun , peristiwa banjir besar yang melanda Negara pada Disember 2014 membawa ke tahun baru 2015 sehingga memaksa sesi persekolahan ditunda seminggu lagi ke 11 Feb 2015 menginsafkan admin betapa kecilnya cubaan dan ujian yang diberikan oleh yang maha kuasa kepada kita yang bernaung di bawah payung Clixster.

Masalah sayap pelaburan negara 1MDB yang tidak mampu membayar hutang RM 2 Billion (2000 Juta Ringgit) mengikut jadual yg ditetapkan sehingga terpaksa diselamatkan oleh taikun Ananda Krisna selaku peneraju konglomerat telco Maxis menyedarkan admin betapa kecilnya kemampuan bumiputra Melayu dari sudut pengumpulan dana untuk bersaing dengan selesa bersama-sama telco Maxis,Celcom dan Digi.

Clixster sebelum ini boleh admin sifatkan sebagai gelanggang latihan percuma untuk anggota koperasi menimba seni dan kemahiran sambil-sambil mengambil kesempatan meraih peluang jika ada yang terluang.

Aliran dana kerajaan bagi memulihkan mangsa banjir di Kelantan disamping tekanan matawang ringgit yang merudum semenjak Nov 2014 hingga Feb 2015 memberikan kesan negetif dari sudut perbelanjaan kerajaan Malaysia tetapi admin lihat inilah ubatnya yang ditunggu-tunggu rakyat kebanyakan untuk terus menongkah arus badai inflasi ciptaan ekonomi kapitalis.

Peristiwa perginya ulama besar TGNA pada khamis malam jumaat 12 Feb 2015 dan hukuman 5 tahun penjara ke atas DSA menambahkan kesedaran dan keinsafan admin betapa kecilnya masalah yang dihadapi berbanding masalah-masalah lain Di Negara tercinta Malaysia. Satu perubahan besar pasti terjadi bermula bulan Mac 2015 nanti.

Kilauan cahaya penunjuk arah mula kelihatan pada 5 Feb 2015 dengan pengumuman plan baru Clixster My Angkasa Mobile dihadapan MKD dan Dealer dari seluruh Negara di Dewan Auditorium Angkasa Kelana Jaya. Rasa sedih, marah, geram, kesal dan malu menyebabkan hanya 19 sahaja peserta jemputan yang berjaya hadir dalam pertemuan pertama semenjak badai taufan melanda clixster. Masalah tertunda dan tertunggak daripada bulan Jun 2014 dari penghantaran Terminal Clix2paynya, bonus dan komisyen terakru baik dari DMS mahupun CRMS nya, komisyen reseller yang tak kunjung masuk dek kesilapan buatan sendiri akaun banknya dan berbagai masalah remeh temeh yg lain menjadi punca MKD,Dealer dan reseller lesu, tak bersemangat dan hilang keyakinan.
Tetapi, mana bumi yang tidak ditimpa hujan, mana laut yang tidak pernah bergelora. Inilah rupa-rupanya ubat mujarab mengenal intan dan kaca, mengenal rakan dan taulan.

Berita indah walau belum dibuktikan kesahihannya, mengubat semua duka lara dan nestapa. Admin berdoa dan bermunajat moga-moga perjalanan perjuangan My Angkasa Mobile bersama clixster bagi memayungi usahawan-usahawan kerdil telco yang berangan-angan besar akan terus maju dan berjaya. Caci maki pengguna ada benarnya, kata nasihat mereka sewajarnya dipelihara. Siapalah Clixster tanpa pengguna yang setia, tanpa reseller yang berhati waja.

Dengan data 2 kali ganda berbanding sebelumnya, admin amat yakin dan percaya pengguna dan reseller pasti tersenyum gembira.

Sama-samalah kita nantikan kesahihan berita yang disampaikan oleh wakil Angkasa dalam masa seminggu dua.

Insaalah, admin akan update plan terbaru Clixster setelah benar-benar yakin kebenarannya.

Isnin, 1 September 2014

REVOLUSI PERKHIDMATAN TALIAN MUDAH ALIH

Pantasnya masa berlalu...hampir genap 1 tahun barulah admin dapat menjengok kembali laman blog clixsterjb.

Maaf kepada pencari maklumat yang mungkin singgah dan terpaksa berlalu begitu saja tanpa mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

Banyak maklumat berkaitan Clixster boleh diperolehi melalui laman web clixster.net @ http://www.clixster.com.my/  ...admin sendiri lebih banyak melayan fb: mkd-johor selatan clixster

Bermula 1 Julai 2014, Clixster mobile melangkah lebih jauh kehadapan dalam merevolusikan talian mudah alih kepada satu dimensi baru perkhidmatan talian komunikasi. Sesuatu perkhidmatan yang tidak pernah difikirkan apatah lagi ditawarkan kepada pengguna muslim samada di Malaysia malah diseluruh antero dunia.

Alat perhubungan yang dahulunya dianggap sebagai barangan mewah, kini merupakan mainan sehingga kanak-kanak sekolah rendahpun boleh memilikinya. Disinilah Clixster mobile memperkenalkan program musyarakah Ameen bagi memperkembangkan dan menarik usahawan-usahawan bersama-sama membina kekuatan ekonomi atas dasar kerjasama dan kasih sayang. Disinilah bermulanya harapan untuk semua pengguna talian talepon muslim menjana pendapatan dengan perbelanjaan bil talepon yang sama saja sebelum menggunakan talian Clixster. Resepinya,  kadar pangilan yang amat rendah dan caj bulanan pengunaan data yang tiada had dan amat berpatutan. Dengan hanya RM 35 setiap bulan, pengguna dapat menggunakan talian mudahalihnya untuk berbual,berinternet dan menjana pendapatan tanpa had. Satu fenomena yang luar biasa dan tiada yang sepertinya.

Program My-Jannah pada mulanya dan dipermolekkan pula dengan panggilan program My Kifayah, memberi  nilai tambah kepada apa yang boleh ditawarkan oleh clixster.Satu-satunya di dunia masa kini dan memberikan manfaat dunia dan akhirat kepada pengunanya.Lengkap dengan ibadah korban dan badal haji disamping bacaan 30 juzuk alquran kepada simati.

1 Julai 2014 juga menyaksikan pelaksanaan sistem pendaftaran DMS yang baru disamping pengenalan clixster kepada masyarakat di Malaysia melalui media massa elektronik bersempena bermulanya pesta Bola Sepak Piala Dunia di Brazil. Insentif baru mengantikan plan insentif lama yang bertahan 10 bulan sahaja diharapkan akan melonjakkan pengaktifan kesatu tanda aras yabg baru. Penyaluran maklumat yang lebih pantas terus keakar umbi melalui berita di DMS sesuatu yang baru dan menyukarkan pesaing-pesaing bertindakbalas. Sebelum ini banyak maklumat baru yang sampai kepada pesaing-pesaing sebelum akar umbi mengetahuinya.

Angan-angan  melihat kaum bumiputra dan koperasi terlibat secara langsung dalam industri telekomunikasi mula menampakkan harapan. Mudah-mudahan clixster dan seluruh organisasinya akan menempa kejayaan dalam tahun-tahun mendatang.

Ameen

31 Ogos 2014

Ahad, 15 September 2013

Salam sejahtera semua pengguna-pengguna Clixster,

Hari ini 14 Sept 2013 jam 11:00 malam Malaysia menjuarai Piala Merdeka setelah mengalahkan Myanmar 2-0. Gol saat akhir minit kecederaan amat melegakan dan mengembirakan semua penyokong Malaysia.

Perkembangan clixster semenjak 6 Mac 2013 sehingga sekarang banyak manis dan pahit. Dengan program PKB bagi belian talipon, jualan sim kad clixster amat menggalakkan bermula Jan '13 hingga Jun'13.

Bagaimanapun, masalah sistem laman portal clixster yang digodam dan dicerobohi pada Mac 17~20 2013 amat mengejutkan dan memeranjatkan semua MKD,Dealer dan Reseller. Sebelum itu juga kejutan dalam organisasi pengurusan Clixster  berlaku apabila Mawi dan Suhaimi meninggalkan team Clixster pada 27 dan 28 Feb 2013dan disusuli oleh Afza pada 11 Mac 2013. Sesi pertemuan diantara MKD Johor bersama En. Mahadzer dan Ashri telah diadakan pada 20 Feb 2013. Tiada majlis perpisahan yang diadakan oleh Clixster untuk farewell En. Mawi,Suhaimi dan Afza.

Bagaimanapun kesungguhan dan perancangan yang ditunjukkan oleh team baru memberi keyakinan apatah lagi pada masa itu (Jan ~Feb 2013) plan data internet clixster memang benar-benar mengancam dan amat mengejutkan pasaran industri telco. Pengaktifan yang dilakukan oleh seorang reseller melebihi 20 dalam satu hari. Jualan simkad clixster secara gelap dengan harga RM 50 ~70 sekeping juga banyak didengar.

Setelah sistem maklumat portal clixster diceroboh, semua data hilang dan sehingga kini (14 Sept 2013) tiada tanda-tanda rekod tersebut akan dimasukkan semula. Insentif yang diterima sehingga Disember 2012 amat mengejutkan Reseller. Tiada pemberian insentif sepanjang Jan 2013 hingga Julai 2013. Pihak pengurusan menjanjikan insentif yang menarik bermula 1 Julai 2013 dan semua reseller,dealer dan MKD menunggu dengan penuh sabar sehingga kehari ini 14 September 2013.

Pengaktifan tertinggi oleh Reseller Nor Aishah daripada MKD johor sebanyak 1200 keping sehingga Julai 2013 menjadi benchmark kepada semua Reseller,Dealer dan MKD. Jualan Top Up sehingga melebihi RM 100,000.00 oleh reseller tersebut juga menjadi tumpuan kepada rakan-rakan lain tentang insentif yang dijanjikan. Musim pilahanraya ke 13 juga berlalu tanpa ada apa-apa imbuhan insentif yang dikejar oleh reseller tersebut. Semua komisen jualan simkad dan top up telah diberikan kepada wakil reseller selaku Clixter skuad bagi mengerakkan jualan dan memberikan keyakinan kepada 130 bakal reseller yang lain. Semua perancangan tidak menjadi dan sehingga Mesyuarat Agong Koperasi ke 18 pada 23 Jun 2013 akaun clixster menunjukkan kerugian.

Perancangan dan strategi perniagaan terpaksa diubah. Clixster skuad terpaksa dibubar dan dijadikan reseller primula atau prima dengan modal RM 1106 sahaja. Plan data RM 27 dengan kuota 500mb selepas Jun 2013 amat berbeza dengan sebelum Jun 2013. Hampir 80% pelanggan bertukar kepada Umobile atau Celcom. Jualan top up RM 41,000.00 sebulan jadi RM 11,000.00 sebulan sahaja pada August 2013 berbanding Jun 2013.

Awal August 2013 semasa cuti raya aidilfitri, Clixster mula melancarkan plan data 1gig unlimited berbanding 500mb sahaja pada Jun 2013 dan Julai 2013. Pengaktifan sim kad mula dilakukan kembali. Harga tetap sama RM 8.90 walau ada MKD lain yang memberikan secara percuma. Kerjasama bersama Taximonger untuk pelaksanaan sistem app. menempah teksi melalui smart phone memberikan sedikit sinar harapan. Pemberian minit percuma panggilan sesama clixster tidak dapat menarik minat pengguna kerana saingan Umobile memberikan panggilan percuma kesemua telco!.Dengan jenama yang masih belum dikenali dan top up sukar diperolehi pelaksanaan jualan dilakukan melalui rakan-rakan dekat,jiran dan saudara-mara sahaja. Cara ini menjimatkan kos dan jualan dilakukan secara sambilan atau ketika adanya majlis-majlis tertentu.

Hari koop.negara pada 23 Ogos 2013 menyaksikan pengaktifan sebanyak 48 sim kad dan jualan HP sebanyak 26 buah.Satu catatan sederhana untuk temasya yang amat meriah. Sasaran seterusnya adalah pemandu-pemandu teksi sekitar JB dengan adanya plan taximonger yang diharap memberikan nilai tambah dan faktor penyokong setelah tamatnya program PKB pada 11 September 2013.

Kualiti internet juga semakin baik walaupun tak sama berbanding bulan Jan'13 ~Jun'13. Apapun masih boleh diterima kebanyakkan pengguna. Proses memujuk kembali pengguna yang telah mendaftar akan dilakukan. Pengguna-pengguna awal inilah yang menjadi harapan dan sandaran untuk menjadi reseller-reseller clixster pada masa akan datang.

Promosi mata lebam dan mulut berbuih mula dilaksanakan oleh Clixster mobile. Tiada apa-apa banting atau flyer yang diterima sehingga hari ini oleh MKD johor. Cerita-cerita perkembangan Clixster mobil hanya dapat dibaca melaui dada-dada akhbar atau post-post oleh reseller dari MKD yang lain. Alasan yang didengar banting hanya diberikan kepada yang ada kedai walaupun bayaran RM 50.000.00 untuk promosi telah lama dilunaskan. Sabar aje ler.

Apapun promosi jualan merdeka memberikan sedikit keceriaan. Mungkin ini ker penganti insentif yang dijanjikan? Tiada siapa pun yang terangkan.

Program jom ke felda ada diwar-warkan. MKD johor masih belum terima undangan. Terbabit ke tidak masih jadi pertanyaan. Tunggu dan lihat sambil buat apa yang mampu. Asal Clixster maju dan pengguna puashati...ok ler. Nak kira untung...masih belum tiba masanya. Banyak ranjau dan duri yang masih perlu diterokai. Takut nak buat janji kerana tahu ianya akan dicapati. Biar hilang wang , jangan hilang kawan.

Wallahalam....

Rabu, 6 Mac 2013

Selamat malam semua,

Rasanya lebih 1 bulan admin tak dapat nak update laman blog Clixster JB ni.

Tumpuan lebih banyak kepada laman facebook MKD Johor Selatan Clixster untuk segala maklumat dan perkembangan terkini clixster di JB.

Apapun, produk clixster telah memasuki era baru dengan pengenalan Plan Data Internet 500  Unlimited..pelan yang benar-benar Unlimited dan tiada yang serupa sepertinya di pasaran Malaysia.

Plan data Clixster dengan langganan hanya RM 27 sebulan , memberikan capaian liputan dan pengunaan yang benar-benar menakjubkan. Perkataan "Ia ke", "Tipulah","Tak ada ikat sampai 12 bulan?" "line .....pun tak dapat takkan Clixster boleh dapat"...amat biasa admin dengar. Prestasi penggunaan selepas 500Mb serupa saja sebelum 500Mb..pantas dan memuaskan.

Setelah mencubanya selama sebulan, semua pelanggan Clixster melahirkan rasa terkejut dan amat berpuashati dengan liputan dan takrifan Unlimited clixster yang benar2 amat berbeza berbanding telco yang lain.Mudah-mudahan prestasi seperti ini akan terus berkekalan dalam menyediakan prasarana liputan data dan jalur lebar yang lebih baik kepada seluruh warga Malaysia.

Budget 2013 yang menyediakan peruntukkan sehingga 300 juta untuk golongan belia mendapatkan Smart Phone benar2 menarik dan memberikan impak yang amat besar kepada kelangsungan perniagaan Clixster.

Beberapa siri promosi akan dilakukan sebaik menerima sample dan bunting.

Kepada sesiapa yang berminat menggunakan peluang yang ada ini, sila hubungi kami di Koperasi Pemandu Teksi JB-07-2352602 @ Amali -0137307085 untuk keterangan dan perjumpaan yang lanjut.

Kehadiran anda amat kami alu-alu. Bebas,Telus dan Ikhlas

Sabtu, 12 Januari 2013

http://komunikasibelia.skmm.gov.my/



Jom Daftar! Dan pilih talian Clixster! Bebas.Telus.Ikhlas
Hussin Mebius
Pengguna Pakej Komunikasi Belia boleh pilih talian Clixster utk dapatkan rebet ke,,tolong xplain skit,, reseller / agent boleh daftarkan pengguna PKB tu ke?
khas buat kaum belia Malaysia

Sabtu, 15 Disember 2012

PROMOSI TERBARU

Bermula pertengahan bulan November 2012 Clixster mempromosikan kadar yang lebih menarik.

Panggilan sesama clixster ditetapkan pada 14 sen/minit  tanpa mengira masa,baki kredit atau prasyarat yang tersembunyi. Inilah satu-satunya Telco yang berani menetapkan kadar yang agak rendah tanpa menetapkan apa-apa syarat. Sesuatu yang agak merugikan jika dilihat dari konteks perniagaan oleh lain-lain telco.

Panggilan kepada lain-lain provider pula ditetapkan pada 18 sen seminit. Masih lebih murah dibandingkan kadar biasa yang ditawarkan oleh mana-mana telco. Pemahaman kadar biasa oleh mana-mana telco harus difahami betul-betul sebelum membuat perbandingan yang adil dan saksama.

Caj untuk panggilan yang tidak dijawab masih tidak dikenakan. Tahniah diucapkan untuk Clixster kerana ini merupakan caj yang biasa dikenakan oleh lain-lain telco. Bayangkanlah jika sehari 10 kali call tidak dijawab...lebih RM 1.80 terpaksa dibazirkan secara sia-sia tanpa disedari (sebab tiada penyata pangilan yang disediakan)... amat berbeza dengan Clixster yang diusahakan secara bersama oleh Koperasi Angkasa dan SAMATA dengan pemantauan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan. Penyata boleh diperolehi secara percuma melalui portal Clixster masing-masing.

Yang mungkin tak sedapnyer caj untuk SMS...sesama clixster dikurangkan kpd 7 sen tetapi kepada lain-lain provider masih 10 sen. Ini merugikan kepada pengguna yang menggunakan HP biasa (Cap ayam)...tapi untuk pengguna yang menggunakan Smart Phone seperti Samsung dan lain-lain android..ini boleh dijimatkan jika guna aplikasi WhatApp...kerana caj untuk data internet masih 5 sen/MB. Biasanya sekali message cuma 1 kb aje guna. Itu yang caj dikenakan oleh Clixster banyak 0 sen.

Apapun...cubalah dulu...baru tahu.

Satu lagi yang menarik...no. lama boleh digunakan...cuma tukar provider sahaja...Cuma Sim kad yang dibekalkan terhad 150 sahaja. Siapa dulu dia dapat.

Top Up ?? on line sudah boleh digunakan. Yang penting mestilah ada akaun bank dan Internet banking macam Maybank2U.

Selamat Bertukar ke Clixster!

Sabtu, 17 November 2012

SMART PHONE YANG SESUAI

Dua bulan aktiviti jualan Clixster JB telah dilakukan. Jika diukur dari kuantiti jualan ...clixster lebih mudah dijual kepada kelompok market yang bersedia mendengar dan mempunyai kepercayaan kepada penjual. 

Rata-rata pelanggan biasa yang lalu-lalang di Angsana, Kota Masai mahupun Persada JB tidak pernah mendengar dan macam tidak yakin sim kad clixster tu boleh digunakan. Bagaimanapun setelah ditunjukkan apa itu portal clixster, apa itu selfcare dan juga e-statement dengan pengunaan data hanya dicaj 5 sen setelah mencapai penggunaan 1 MB ...barulah nampak respon yang agak positif. 

Berita yang disampaikan melalui mulut ke mulut nampaknya lebih berkesan. Bukan niat mencari alasan atau mengkritik pengurusan SAMATA...tetapi kemudahan top up nampaknya memberi impak yang teramat besar untuk menyakinkan pengguna yang tiada perhubungan dengan penjual.Rata-rata kaunter bayaran pasaraya TESCO ada menyediakan top up untuk semua jenis talian yang langsung tak dikenali...tapi malangnya tak ada pulak untuk rangkaian clixster.

Kekuatan sim kad clixster boleh ditonjolkan jika ianya dipadankan dengan Smart Phone yang sesuai. Admin pada mulanya menggunakan HP Blackbery.. tapi tak serasi dan tak sesuai dengan sim kad clixster...terpaksa cari HP lain yang sesuai. Terlanjur mencari..admin telah menguji,memeriksa dan membeli beberapa jenis HP smart phone Android yang menyerupai model Samsung Galaxy Note dan Samsung Galaxy S3. Sengaja pilih dua model seperti ini kerana statistik menunjukkan samsung berada di carta paling atas mengatasi apple melebihi 50% dari sudut bilangan jualan...lain-lain jenama tak begitu diminati.

Sim kad clixster amat sesuai menggunakan HP samsung dan juga Smart phone Android yang admin dapatkan terus daripada  pemborong. Harganya boleh didengar...hanya 40% dari harga model terkenal samsung dengan ciri-ciri, keupayaan dan kualiti yang tak banyak berbeza( Macam model proton dengan Honda ler perbandingannya).klik disini untuk fhotonya.