Rabu, 6 Mac 2013

Selamat malam semua,

Rasanya lebih 1 bulan admin tak dapat nak update laman blog Clixster JB ni.

Tumpuan lebih banyak kepada laman facebook MKD Johor Selatan Clixster untuk segala maklumat dan perkembangan terkini clixster di JB.

Apapun, produk clixster telah memasuki era baru dengan pengenalan Plan Data Internet 500  Unlimited..pelan yang benar-benar Unlimited dan tiada yang serupa sepertinya di pasaran Malaysia.

Plan data Clixster dengan langganan hanya RM 27 sebulan , memberikan capaian liputan dan pengunaan yang benar-benar menakjubkan. Perkataan "Ia ke", "Tipulah","Tak ada ikat sampai 12 bulan?" "line .....pun tak dapat takkan Clixster boleh dapat"...amat biasa admin dengar. Prestasi penggunaan selepas 500Mb serupa saja sebelum 500Mb..pantas dan memuaskan.

Setelah mencubanya selama sebulan, semua pelanggan Clixster melahirkan rasa terkejut dan amat berpuashati dengan liputan dan takrifan Unlimited clixster yang benar2 amat berbeza berbanding telco yang lain.Mudah-mudahan prestasi seperti ini akan terus berkekalan dalam menyediakan prasarana liputan data dan jalur lebar yang lebih baik kepada seluruh warga Malaysia.

Budget 2013 yang menyediakan peruntukkan sehingga 300 juta untuk golongan belia mendapatkan Smart Phone benar2 menarik dan memberikan impak yang amat besar kepada kelangsungan perniagaan Clixster.

Beberapa siri promosi akan dilakukan sebaik menerima sample dan bunting.

Kepada sesiapa yang berminat menggunakan peluang yang ada ini, sila hubungi kami di Koperasi Pemandu Teksi JB-07-2352602 @ Amali -0137307085 untuk keterangan dan perjumpaan yang lanjut.

Kehadiran anda amat kami alu-alu. Bebas,Telus dan Ikhlas

Sabtu, 12 Januari 2013

http://komunikasibelia.skmm.gov.my/



Jom Daftar! Dan pilih talian Clixster! Bebas.Telus.Ikhlas
Hussin Mebius
Pengguna Pakej Komunikasi Belia boleh pilih talian Clixster utk dapatkan rebet ke,,tolong xplain skit,, reseller / agent boleh daftarkan pengguna PKB tu ke?
khas buat kaum belia Malaysia

Sabtu, 15 Disember 2012

PROMOSI TERBARU

Bermula pertengahan bulan November 2012 Clixster mempromosikan kadar yang lebih menarik.

Panggilan sesama clixster ditetapkan pada 14 sen/minit  tanpa mengira masa,baki kredit atau prasyarat yang tersembunyi. Inilah satu-satunya Telco yang berani menetapkan kadar yang agak rendah tanpa menetapkan apa-apa syarat. Sesuatu yang agak merugikan jika dilihat dari konteks perniagaan oleh lain-lain telco.

Panggilan kepada lain-lain provider pula ditetapkan pada 18 sen seminit. Masih lebih murah dibandingkan kadar biasa yang ditawarkan oleh mana-mana telco. Pemahaman kadar biasa oleh mana-mana telco harus difahami betul-betul sebelum membuat perbandingan yang adil dan saksama.

Caj untuk panggilan yang tidak dijawab masih tidak dikenakan. Tahniah diucapkan untuk Clixster kerana ini merupakan caj yang biasa dikenakan oleh lain-lain telco. Bayangkanlah jika sehari 10 kali call tidak dijawab...lebih RM 1.80 terpaksa dibazirkan secara sia-sia tanpa disedari (sebab tiada penyata pangilan yang disediakan)... amat berbeza dengan Clixster yang diusahakan secara bersama oleh Koperasi Angkasa dan SAMATA dengan pemantauan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan. Penyata boleh diperolehi secara percuma melalui portal Clixster masing-masing.

Yang mungkin tak sedapnyer caj untuk SMS...sesama clixster dikurangkan kpd 7 sen tetapi kepada lain-lain provider masih 10 sen. Ini merugikan kepada pengguna yang menggunakan HP biasa (Cap ayam)...tapi untuk pengguna yang menggunakan Smart Phone seperti Samsung dan lain-lain android..ini boleh dijimatkan jika guna aplikasi WhatApp...kerana caj untuk data internet masih 5 sen/MB. Biasanya sekali message cuma 1 kb aje guna. Itu yang caj dikenakan oleh Clixster banyak 0 sen.

Apapun...cubalah dulu...baru tahu.

Satu lagi yang menarik...no. lama boleh digunakan...cuma tukar provider sahaja...Cuma Sim kad yang dibekalkan terhad 150 sahaja. Siapa dulu dia dapat.

Top Up ?? on line sudah boleh digunakan. Yang penting mestilah ada akaun bank dan Internet banking macam Maybank2U.

Selamat Bertukar ke Clixster!

Sabtu, 17 November 2012

SMART PHONE YANG SESUAI

Dua bulan aktiviti jualan Clixster JB telah dilakukan. Jika diukur dari kuantiti jualan ...clixster lebih mudah dijual kepada kelompok market yang bersedia mendengar dan mempunyai kepercayaan kepada penjual. 

Rata-rata pelanggan biasa yang lalu-lalang di Angsana, Kota Masai mahupun Persada JB tidak pernah mendengar dan macam tidak yakin sim kad clixster tu boleh digunakan. Bagaimanapun setelah ditunjukkan apa itu portal clixster, apa itu selfcare dan juga e-statement dengan pengunaan data hanya dicaj 5 sen setelah mencapai penggunaan 1 MB ...barulah nampak respon yang agak positif. 

Berita yang disampaikan melalui mulut ke mulut nampaknya lebih berkesan. Bukan niat mencari alasan atau mengkritik pengurusan SAMATA...tetapi kemudahan top up nampaknya memberi impak yang teramat besar untuk menyakinkan pengguna yang tiada perhubungan dengan penjual.Rata-rata kaunter bayaran pasaraya TESCO ada menyediakan top up untuk semua jenis talian yang langsung tak dikenali...tapi malangnya tak ada pulak untuk rangkaian clixster.

Kekuatan sim kad clixster boleh ditonjolkan jika ianya dipadankan dengan Smart Phone yang sesuai. Admin pada mulanya menggunakan HP Blackbery.. tapi tak serasi dan tak sesuai dengan sim kad clixster...terpaksa cari HP lain yang sesuai. Terlanjur mencari..admin telah menguji,memeriksa dan membeli beberapa jenis HP smart phone Android yang menyerupai model Samsung Galaxy Note dan Samsung Galaxy S3. Sengaja pilih dua model seperti ini kerana statistik menunjukkan samsung berada di carta paling atas mengatasi apple melebihi 50% dari sudut bilangan jualan...lain-lain jenama tak begitu diminati.

Sim kad clixster amat sesuai menggunakan HP samsung dan juga Smart phone Android yang admin dapatkan terus daripada  pemborong. Harganya boleh didengar...hanya 40% dari harga model terkenal samsung dengan ciri-ciri, keupayaan dan kualiti yang tak banyak berbeza( Macam model proton dengan Honda ler perbandingannya).klik disini untuk fhotonya.

Selasa, 6 November 2012

PERKEMBANGAN TERKINI

Line clixster untuk talian suara dan data sudah boleh digunakan. Promosi dan jualan disekitar JB telah mula dilakukan bermula 10 September 2012.

Rata-rata pengguna yang telah menggunakan line clixster menyuarakan rasa puas hati untuk caj data (internet) yang dikenakan oleh provider clixster. Maklumat dan transaksi semua panggilan dan penggunaan data boleh diperolehi melalui laman selfcare di portal clixster. Satu-satunya servis sepertinya dikalangan telco di Malaysia untuk talian prepaid.

Menariknya, caj data yang dikenakan benar-benar telus dengan hanya mengenakan 5 sen setelah pengunaan data benar-benar mencapai had 1mb...walaupun masa pengunaannya telah melangkaui 25 minit. Setiap transaksi direkodkan walaupun caj yang dikenakan adalah 0 sen. Pelik juga pada awalnya...kenapa caj 0 sen dipaparkan dalam e-statement. Setelah beberapa kali mencuba dan beberapa kali top up barulah kami paham. 

Penggunaan data dibawah 1MB akan dicaj 0 sen sehinggalah jumlah pengunaan terkumpul data mencapai 1MB. Bagaimanapun panggilan suara yang panjang dan melebihi 20 saat, caj yang dikenakan agak tinggi walaupun ianya masih kompetatif berbanding telco yang lain. 

Caj SMS masih agak tinggi. 10 sen setiap sms jauh lebih mahal berbanding 9 sen bagi pangilan suara. Kadang-kadang reply yang hanya satu huruf seperti ( k ) juga dikenakan 10 sen. Bagaimanapun perkara seperti ini dapat dielakkan jika pengguna bijak memanfaatkan kelebihan yang disediakan oleh clixster. Dengan pengunaan aplikasi wasup..penghantaran mesej sehingga 20 kalipun cjnya tak sampai 10 sen. Cuma,  aplikasi seperti wasup ini hanya boleh diperolehi melalui smart phone yang mengamalkan sistem terbuka seperti samsung dan lain-lain android lagi. Smart phone samsung galaxy Y yang berharga bawah RM500 juga tersedia kemudahan seperti ini...malah smart phone seperti ini juga boleh bertindak sebagai broadband untuk penggunaan laptop.

Apapun ...masih banyak lagi pakej clixster yang belum diterokai seperti Clik2pay dan Reward. Rasanya perkhidmatan clixster akan lebih mengancam apabila Clik2pay dan clix2reward telah dilancarkan nanti.

Nak tunggu ianya ada baru nak bergerak? .... jawabnya ketinggalan ler kita.

  

Rabu, 25 Julai 2012

Perkembangan Clixster

Akhirnya operasi talian Clixster dapat juga dilakukan pada hari Koperasi Negara. Walaupun malam perasmian PM tak sebut langsung pasal Clixster, pada siangnya Menteri KPDNKK ada bersama di pentas Clixster.

Koperasi Pemandu Teksi Bandaraya JB datang ke Bukit Jalil bersama anggota seramai 80 orang (2 Bas)..tentulah nak tengok Anugerah Koperasi Terbaik yang julung-julung kali diterima oleh Koperasi kami. Malang kesesakan menghalang semua rancangan yg dibuat. Ada ramai anggota bertanya kat mana Clixster buat promosi?

Sebenarnya, lepas jam 6 petang kebanyakkan kiosk Clixster telah ditutup untuk masuk dalam Stadium menunggu kedatangan PM kita termasuklah semua yg terbabit semasa Fiesta Clixster siangnya. Sebab itu mana-mana rombongan yg sampai lepas jam 5 memang tak dapat jumpa kemeriahan Fiesta Clixster. Apapun secara kasarnya talian clixster sudah boleh digunakan.

Ramai pengguna dan reseller clixster merungut kerana apa yang clixster keluarkan tidak sama seperti yang dijanjikan. Perkara yang banyak diutarakan adalah janji untuk panggilan percuma tanpa had sesama talian clixster dan penggunaan internet tanpa had dengan hanya RM 1 sehari. Bagaimanapun dilihat pada janji yang dinyatakan dalam persembahan rombongan clixster dahulu, panggilan percuma dan internet RM1/hari adalah matlamat clixster bukan semestinya diberikan sekarang.

Pengurusan SAMATA yang menguruskan Clixster mengambil langkah proaktif dengan memanggil semua MKD untuk taklimat perkara berbangkit. Koperasi Pemandu Teksi menghantar En. Fadzlan dan saya untuk mendengar taklimat tersebut. Alhamdulillah ada janji dan tindakan susulan serta beberapa pakej baru yang lebih menarik akan menyusul kemudian. Promosi pertama adalah satu kadar asas yang lumrah dilakukan oleh mana-mana telco dan merupakan syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Maltimedia Malaysia.

Apapun, 2400 starterpack telah pun Koperasi terima. Perniagaan belum dapat dibuat kerana rantaian DMS masih belum sempurna. MKD-DEALER-RESELLER perlu diujudkan. Buat permulaan dua reseller akan didaftarkan dan training pertama pada 26 Julai 2012 (Khamis) di Puchong. Keputusan ini terpaksa dibuat supaya Clixster Koperasi Pemandu Teksi dapat beroperasi walaupun rancangan asalnya untuk menunggu SAMATA buat latihan dan pengambilan Reseller di JB.

Maklumat tentang Clixster klik DISINI.